Castlelake merupakan entiti AS Air Lease Holdings 5T DAC dan AS Air Lease 8 (Offshore) LP bagi rancangan pelupusan keseluruhan pegangan AACL di dalam lima syarikat yang akan memiliki aset pesawat AirAsia Group.

Menurut AirAsia Group, lima syarikat itu adalah Merah Aviation, Merah Aviation Asset Holding Two Ltd., Merah Aviation Asset Holding Three Ltd., Merah Aviation Asset Holding Four Ltd. dan Merah Aviation Asset Holding Five Ltd. (entiti kolektif Merah Aviation).

Katanya, AACL bercadang untuk melupuskan kepentingan ekuiti di dalam entiti Merah Aviation kepada AS Air Lease Holdings 5T DAC untuk harga pembelian sebanyak RM3.12 bilion, tertakluk kepada terma dan syarat di dalam SPA yang dipinda itu. AS Air Lease 8 adalah penjamin pembeli.

“Bagi mengelakkan keraguan, objektif cadangan penjualan itu, harga belian asas dan syarat utama yang lain, tidak berubah di bawah SPA yang dipinda itu.

“Pindaan terutamanya disebabkan oleh mekanik penjualan dan pemindahan termasuk kaedah pembiayaan serta penyelesaian,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini.

AACL pada mulanya memeterai SPA asal dengan Air Lease Holdings 5T DAC dan AS Air Lease 8 pada 24 Disember 2018. - UTUSAN ONLINE