Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif program Kesetiaan AirAsia BIG, Sereen Teoh berkata, ahli BIG berpeluang mendapatkan ganjaran berganda, mengumpul mata ganjaran dan menebus tawaran menggunakan Mata Ganjaran BIG di Fave.

“Seramai lebih 3.6 juta ahli BIG dapat menggunakan mata ganjaran untuk menikmati promosi sehingga 95 peratus pelbagai tawaran dalam kategori pelancongan dan gaya hidup oleh Fave,” katanya dalam majlis pelancaran Big Deals by Fave itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE