Majlis tersebut diadakan serentak dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri beberapa Menteri Persekutuan dan Negeri, antaranya Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Presiden Pekema Sarawak, Datuk Abang Khalid Abang Marzuki berkata, pihaknya turut mengemukakan lima cadangan bagi meneruskan Permit Terbuka (AP) untuk dipertimbangkan kepada kerajaan.

Cadangan itu telah diutarakan kepada Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah yang mewakili Pekema Kebangsaan hadir ke majlis tersebut, untuk dibawa kepada kerajaan. Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat Pekema, Datuk Nadzir Sheikh Fadzir.