Unit dana kekayaan negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co. itu menawarkan penjualan sebanyak 120.3 juta saham RHB Bank pada RM5.07 sehingga RM5.18 sesaham, mengikut perjanjian.

Katanya, Aabar memiliki sebanyak 711.8 juta saham bersamaan 17.75 peratus pegangan di dalam RHB Bank.

“Saham RHB Bank pukul 6 petang tadi ditutup pada RM5.34 sesaham.

“Aabar merancang untuk meraih sebanyak RM623 juta daripada penjualan sebanyak tiga peratus blok di RHB Bank,” katanya di sini hari ini.

Penyelaras utama bagi program berkenaan adalah CIMB dan JP Morgan. - UTUSAN ONLINE