Pengasas A&J Burger Grill, Johar M. Jaffar berkata, ia adalah cawangan ketiga selepas cawangan di Kampung Melayu, Subang, dan di Sungai Merab, di Kajang.

"Cawangan utama A&J Burger Grill adalah di Kampung Melayu Subang dan ia milik saya sepenuhnya. Manakala di Sungai Merab dan Seksyen 7 ini saya mengusahakan dengan rakan kongsi," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Majlis perasmian restoran tersebut bagi cawangan di Seksyen 7 disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd. Khairuddin Othman.

Johar berkata, burger yang dijual di restorannya menepati selera masyarakat Malaysia menyebabkan ia diminati oleh pelanggan-pelanggan setianya.

Katanya, harga burger serta makanan ayam dan daging panggang yang dijual secara asing atau kombo adalah antara RM4.90 hingga RM89.90.

"Sasaran pelanggan saya di sini adalah dalam kalangan keluarga dan pelajar-pelajar di kawasan ini dan sambutan setakat lima hari ini agak menggalakkan," katanya. - UTUSAN ONLIN