Sempena dengan pembukaan cawangan baharu berkenaan, A&W akan menawarkan Rooty Luggage Tag percuma kepada 400 pelanggan terawal yang membuat pembelian bernilai RM25 ke atas pada 18 April 2019 (selagi stok masih ada).

Ketua Pegawai Eksekutif A&W, George Ang berkata, restoran baharu itu juga diberikan wajah dan konsep dekorasi kontemporari yang lebih segar, moden dan selesa bersesuaian dengan trend semasa bagi menarik pelancong dan pengunjung Bukit Bendera.

Terletak di Lot 234, Lower Station, Penang Hill, Ayer Itam,11500, Pulau Pinang, berhampiran dengan ‘base station’ at Hill Railway Station Road, restoran tersebut akan mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada 18 April 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

“Sempena pembukaan cawangan baharu di Bukit Bendera ini, A&W kini semakin bersedia untuk meletakkan jenama ini dalam keadaan lebih kukuh lagi dan akan menyediakan lebih banyak cerita, memori untuk rakyat Malaysia yang gemarkan hidangan lazat A&W yang sukar dilupakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sempena dengan pembukaan cawangan baharu berkenaan, A&W akan menawarkan ‘Rooty Luggage Tag’ percuma kepada 400 pelanggan terawal yang membuat pembelian bernilai RM25 ke atas pada 18 April 2019 (selagi stok masih ada).

“Kepada warga Pulau Pinang yang berhampiran dan merindui ‘RB Float’ A&W, Waffle dan Coney A&W jangan lupa singgah di A&W Bukit Bendera bermula 18 April ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE