Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan yang membimbing syarikat dalam mencapai matlamatnya.

Beliau berkata, 1MDB berbesar hati dengan penyertaan Abdul Samad yang merupakan antara tokoh paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia.

“Nasihat beliau amat bernilai kepada syarikat yang kini dalam pro­ses semakan semula strategik de­ngan matlamat untuk menempatkan 1MDB pada kedudukan terbaik bagi memaksimumkan nilai daripada port­folio pelaburan dan mencapai objektif ekonomi lebih luas,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Samad memegang jawatan sebagai Pengerusi PIDM sejak 15 Ogos 2011.