ROBERT WU
ROBERT WU 

Teknologi yang dilengkapi kadar resolusi dan enjin pemprosesan tinggi itu tampil dengan tiga ukuran skrin berbeza iaitu 60, 70, dan 80 inci.

Pengarah Urusan SEM, Robert Wu berkata, pada tahun 2009 Sharp telah memulakan pembangunan teknologi 8K dan sehingga hari ini syarikat tersebut berbangga kerana mampu mengumumkan ‘Di sini Dunia AQUOS 8K’ ekoran kejayaan pelancaran televisyen berteknologi tinggi itu hari ini.

“Televisyen ini bukan sahaja tampil dalam tiga ukuran berbeza, malah mempunyai pelbagai kelebihan teknologi seperti penataran sebenar Resolusi 8K bersama teknologi IGZO, tona warna 8K dan kadar pencahayaan sebenar yang mampu memberi pengalaman tontonan luar biasa.

“Lebih manis Malaysia sendiri dipilih sebagai negara pertama di peringkat Asia untuk pelancaran teknologi ini, katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk tersebut di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Bagi pasaran Malaysia, produk AQUOS 8K TV sudah berada di pasaran bermula bulan ini dengan kadar harga RM73,999 (80 inci), RM36,999(70 inci), dan RM25,999(60 inci).

Dalam pada itu, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019, Sharp turut mengadakan ‘road show’ yang bermula hari ini hingga 15 Januari.

“Anda semua boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik bersama Sharp sepanjang roadshow kami termasuklah televisyen AQUOS 8K. Ingat, sekiranya ingin membeli barangan elektrik, belilah bersama Sharp,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE