Choong Fui Yu
Choong Fui Yu

Perkara itu diyakini oleh Pengasas Bersama Kumpulan Kaodim, Choong Fui Yu berikutan itu telah berjaya menjana keuntungan sebanyak RM29.5 juta sejak ditubuhkan pada 2015.

Katanya, syarikat itu kini menawarkan sebanyak 113 perkhidmatan termasuk perkhidmatan perumahan seperti servis cuci rumah dan pemasangan alatan elektrik dengan penglibatan lebih 10,000 penyedia perkhidmatan (vendor).

“Sepanjang tahun lepas, kami telah memperkenalkan beberapa ciri yang membolehkan perniagaan memberikan nilai maksimum kepada para pelanggan dan jurujual, sambil memberi keuntungan dengan cara yang lebih bijak.

“Setelah melihat perkembangan yang kukuh setakat ini, visi kami adalah untuk menyediakan cara yang lebih cepat, lebih dipercayai untuk menyewa pelbagai perkhidmatan; dari pembersih kepada pelatih peribadi,” katanya dalam Majlis Khas Kumpulan Kaodim bersama jurujual (vendor) di Pejabat Kumpulan Kaodim, di sini hari ini.

Selain Malaysia, Kaodim kini telah diperluaskan ke empat buah negara iaitu Singapura, Filipina dan Indonesia serta merupakan syarikat utama yang menjadi platform perkhidmatan di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Fui Yu berkata, Kaodim juga secara konsisten menyediakan pelanggan baharu perkhidmatan dan interaksi yabg lebih berkesan dengan pelancaran aplikasi perkhidmatan tersebut, Kaodim Pro.

“Banyak penyedia perkhidmatan kami telah mengalami 40 hingga 50 peratus peningkatan bulanan daripada menggunakan aplikasi kami. Tidak seperti sebelumnya, para pelanggan kini datang kepada mereka secara langsung melalui peranti mereka.

“Kami benar-benar menyediakan penyelesaian teknologi dan mudah untuk menangani cabaran pemasaran yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan ini dalam era digital ini,” katanya.

Jeffri Cheong
Jeffri Cheong

Dalam pada itu, Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Pengasas Bersama Kaodim, Jeffri Cheong berkata, penerimaan masyarakat Malaysia terhadap sistem tersebut adalah positif dan memberangsangkan.

“Dalam masa lima tahun akan datang, masyarakat tidak lagi bergantung kepada servis yang ditawarkan secara rujukan oleh kenalan, tetapi semuanya akan berdasarkan atas talian.

“Di Malaysia, kebanyakan pelanggan datang dari Lembah Klang, dan kami juga akan fokus kepada lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah berkesan dan boleh dipercayai, dengan penawaran perkhidmatan yang lebih pantas,” katanya. - UTUSAN ONLINE