Transaksi e-Ang Pow 2018 dijangka meningkat 30 peratus
Datuk Lim Hong Tat

Ketua Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Lim Hong Tat berkata, e-Ang Pow menerima sambutan yang menggalakkan sejak pelancarannya dua tahun yang lalu di mana perkhidmatan itu hanya ditawarkan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina sahaja.

Jelas beliau, penggunaan e-Ang Pow pada 2016 merekodkan hampir 16,000 transaksi dengan nilai melebihi RM1.6 juta.

“Tahun lalu menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus apabila mencatatkan lebih 18,000 transaksi dan nilainya telah melonjak sebanyak 30 peratus kepada RM2.1 juta.

“Kami percaya lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan e-Ang Pow dan berharap lebih daripada 23,500 transaksi dilakukan dengan nilai sebanyak RM2.7 juta pada musim perayaan tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE