Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Jomo Kwame Sundaram berkata, bagaimanapun ketika ini bukan platform terbaik untuk perbincangan berkenaaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya tentang sejumlah RM6.2 bilion yang ditawarkan kerajaan bagi mengambil alih empat konsesi lebuhraya bertol di Lembah Klang bukan nilai yang muktamad.

Pada Jun tahun ini, Kementerian Kewangan telah mengemukakan tawaran rasmi untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang, iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Le­buhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Tawaran pengambilalihan itu dibuat kepada Gamuda Bhd, selaku syarikat pemegang konsesi keempat-empat lebuh raya berke­naan.

Kelmarin dilaporkan bahawa pengambilalihan yang dicada­ngkan oleh kerajaan telah ditunda bagi semakan harga.

Terdahulu, KRI menganjurkan sesi panel mengenai sekuriti makanan di Mercu UEM di sini hari ini.

Jomo yang meminta pemberi­ta untuk menumpukan kepada topik sekuriti makanan mene­gaskan bahawa Malaysia perlu memberi tumpuan kepada makanan yang berkhasiat dan selamat.

“Mengambil contoh Singapura yang tidak menghasilkan sebarang makanan tetapi mereka berada di kedudukan teratas dalam sekuriti makanan menurut ahli ekonomi.

“Kita hanya memikirkan tentang sekuriti makanan berkaitan penggunaan kimia toksik berlebihan apabila makan yang dieks­port ditolak oleh negara lain,” katanya.

Ujarnya, negara tidak perlu menghasilkan semua makanan sendiri, yang penting adalah memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan berkhasiat dan selamat.

“Orang ramai ketika ini ba­nyak memilih makanan segera dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti obesiti dan kencing manis.

“Kanak-kanak dan wanita berdepan dengan bermacam-macam isu kesihatan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka berikutan perubahan makanan seiring dengan gaya hidup moden,” katanya.