Pengurus Kanan, Jabatan Promosi Eksport dan Akses Pasaran Matrade, Azahar Mohamed berkata, platform itu menyediakan perkongsian maklumat menerusi pengalaman Korea Selatan dan amalan terbaik untuk membangunkan industri animasi dan permainan.

“Bengkel ini adalah platform tepat buat syarikat Malaysia bukan sahaja untuk memahami trend perniagaan industri bernilai tinggi itu, tetapi juga strategi untuk mengakses pasaran Korea Selatan menerusi kerjasama,” katanya ketika ditemui pada acara itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE