Menurut laporan Canalys, Samsung mengekalkan kedudukan pertama dengan jumlah penghantaran sebanyak 7.7 juta diikuti Oppo, 7.3 juta.

Jenama telefon pintar China Vivo berjaya merekodkan sebanyak 4.1 juta penghantaran pada suku kedua tahun ini dan menduduki tempat ketiga diikuti Xiaomi di tempat keempat dengan 3.7 juta penghantaran.

“Pasaran Asia Tenggara didominasi oleh segmen telefon pintar kelas pertengahan dan rendah sebanyak 75 peratus yang menyebabkan Apple jauh terkeluar daripada senarai,” katanya di sini hari ini.

Selain itu jenama telefon pintar China Realme juga menduduki lima tempat teratas buat pertama kali dengan 1.6 juta penghantaran.

“Melihat kepada pecahan pasaran, Samsung masih lagi mendahului di kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara kecuali di Indonesia dan Filipina.

“Model baharu daripada siri Samsung A dan Samsung M te­lah membantu syarikat itu mencatatkan lima peratus dalam jumlah penghantarannya.

“Samsung memilih Thailand sebagai lokasi pelancaran globalnya bagi siri A, sekali gus mengiktiraf kepentingan pasaran Asia Tenggara bagi syarikat itu,” katanya.

Jumlah pegangan pasaran telefon pintar keluaran China di Asia Tenggara

Samsung 27%

Oppo 20%

Vivo 16%

Samsung 30%

Oppo 18%

Vivo 16%

Samsung 36%

Oppo 26%

Xiami 9%

Oppo 28%

Samsung 19%

Vivo 17%

Oppo 26%

Samsung 24%

Xiami 19%

SUMBER: CANALYS

Vietnam

Malaysia

Thailand

Filipina

Indonesia