Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, Tealive adalah jenama minuman dilahirkan di Malaysia dan dibangunkan tanpa sempadan untuk seluruh pasaran antarabangsa.


“Hari ini adalah satu permulaan dan perjalanan baharu untuk budaya teh yang lebih hebat ke peringkat seterusnya,” katanya pada majlis pengumuman jenama baharu itu di sini hari ini.


Jenama itu diperkenalkan selepas kontrak Loob Holding sebagai pemegang francais di Malaysia ditamatkan oleh La Kaffa International Co. Ltd. iaitu pemilik jenama Chatime awal tahun ini. - UTUSAN ONLIN