Jualan tersebut akan bermula esok sehingga 27 Mac melibatkan lebih 70,000 penjual, sama seperti jualan 11.11 Single Day.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, ia juga membabitkan lebih 400 jenama dan 500 key opinion leader (influencer), bank-bank utama, telekomunikasi dan rangkaian yang kukuh dengan penyedia logistik pihak ketiga.

“Lebih menarik, pada ulang tahun ini juga, Lazada membawakan penstriman langsung konsert Grammy Award pe­nyanyi Dua Lipa dan lebih 24 juta produk dengan pelbagai diskaun menarik di aplikasi Lazada.

“Dengan satu dalam tiga rakyat Malaysia menggunakan aplikasi ini, Lazada menjadi platform yang diperlukan setiap hari untuk tujuan perniagaan,” katanya dalam majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ketujuh Lazada di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Andrew Gnananantham.

Antara paling menarik pada jualan itu termasuklah Crazy Flash Sales serendah 15 sen yang akan diadakan sembilan kali pada 27 Mac iaitu pada pukul 2 pagi, 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang, 8 malam dan 10 malam.

Selain itu, pembeli juga boleh menikmati potongan sehingga 80 peratus dalam tempoh dua jam sahaja pada hari berkenaan dengan membeli-belah di LazMall mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang terhadap barang kemas Habib atau mendapat hadiah percuma barangan berjenama se­perti Estee Lauder dan Tefal.

Bagi Slash it Deals pula, pembeli boleh mendapatkan barangan kegemaran mereka serendah RM1 bagi Asus Zen­fone 3 Zoom, Huawei Honor 5c, set gitar elektrik dan ba­nyak lagi yang boleh direbut.