Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, IWE itu diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan perlindungan individu takaful am Takaful ­Ikhlas.

Katanya, pihak syarikat akan memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf dan dipilih oleh Takaful Ikhlas bagi setiap sijil takaful am individu bermula 1 April 2019.

Jelas beliau, Takaful Ikhlas menyediakan IWE sebagai platform untuk peserta membantu masyarakat melalui peruntukan wakaf atau endowmen apabila peserta meninggal dunia akibat kemalangan.

“IWE adalah suatu nilai tambah unik yang akan terus me­ningkatkan posisi jenama Taka­ful Ikhlas agar dapat berdaya saing dan memberi lebih daripada perlindungan takaful.

“Dengan adanya wakaf atau endowmen ini, ia menjadikan perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas lebih lengkap dan komprehensif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara produk-produk individu takaful am yang menawarkan IWE adalah Ikhlas Takaful Kenderaan, Ikhlas Takaful Kediaman atau Ikhlas Takaful Kemalangan Peribadi.

Peserta juga boleh menambah jumlah wakaf atau endowmen dengan menyertai Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi dan memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada manfaat kematian kepada institutsi wakaf dipilih oleh Takaful Ikhlas.

Takaful Ikhlas akan berada di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2019 (MSAM 2019) mulai 19 hingga 25 April 2019 yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik kepada para pengunjung.

Takaful Ikhlas mempunyai 13 pejabat wilayah dan dua juta pemegang sijil dan juga lebih 5,000 ejen berdaftar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.takaful-ikhlas.com.my.