T7 Global dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya iaitu Tanjung Offshore Service Sdn. Bhd. (TOS) telah memenangi kontrak daripada VME bagi menyediakan khidmat kejuruteraan, fabrikasi, perolehan dan pembekalan pakej proses modular di India.

Katanya, TOS juga telah menerima satu pesanan perkhidmatan daripada FPSO bagi penyediaan kenderaan kawalan jauh, kapal sokongan selaman, tenaga manusia dan peralatan untuk kerja-kerja di dasar laut.

“Satu lagi anak syarikat milik penuh, T7 Gastec Sdn. Bhd. dianugerahkan kontrak bagi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem bateri termasuk aksesori serta perkhidmatan kejuruteraan berkaitan daripada PTS.

“Kontrak tersebut dijangka akan menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih sesaham T7 Global bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA