Pengarah Urusan SunCon, Chung Soo Kiong berkata, projek baharu yang dianuge­rahkan tahun ini termasuk tiga projek berkenaan adalah berjumlah RM 1.536 bilion.

“Kami gembira telah mencapai sasaran kami untuk tahun ini menjelang akhir 2019.

 

“Kami akan terus berusaha umendapatkan kontrak baharu dan bergerak maju dengan strategi pengembangan kami ke ASEAN dan India,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Soo Kiong, antara projek yang diterima adalah bagi pembinaan dan me­nyiapkan Pusat Kepemimpinan Petronas di Bangi dengan nilai kerja sebanyak RM310 juta me­rangkumi pembinaan sebuah tempat letak kereta bawah tanah, bangunan empat tingkat, dua pondok pengawal ke­selamatan, surau dan kerja-kerja berkaitan menaik taraf bangunan sampingan yang lain.

“Yang kedua adalah projek yang dianugerahkan oleh Sunway South Quay dengan jumlah kontrak bernilai RM119 juta bagi kerja-kerja di Sunway City Kuala Lumpur.

“Selain itu, terdapat projek daripada Oxley Rising Sdn. Bhd. bagi pembekalan, penghantaran, pemasangan, ujian dan pentauliahan mekanikal dan elektrik sistem voltan rendah untuk cadangan pemba­ngunan komersial campuran terdiri daripada suite perkhidmatan, hotel dan blok pejabat di Jalan Ampang untuk kontrak berjumlah RM67.8 juta,” katanya.

Pada awal tahun ini, syarikat itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Capital Diamond Star Group Myanmar pada April bagi tiga projek kereta api dan jalan raya di India dan turut meluaskan kehadirannya di Singapura.