Pengarah Urusan Se­rantau Shopee, Ian Ho (gambar) berkata, sebagai platform dengan kira-kira 400,000 penjual dan lebih 500 jenama besar, tiada perubahan ketara pada harga jualan sebanyak 19 juta produk.

“Seramai 12 juta pengguna di platform ini masih membeli-belah, malah sebenarnya lebih banyak berbanding sebelumnya sejak lima hari yang lalu disokong oleh kempen 9.9 Super Shopping Day.

“Kami menyaksikan pertumbuhan jualan yang kukuh dalam semua kategori daripada fe­syen ke elektronik, kesihatan dan kecantikan, bara­ngan runcit serta ba­nyak lagi,” kata­nya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Kerajaan Pakatan Ha­rapan memper­ke­nalkan se­mula SST pada 1 September lalu selepas menamatkan kutipan cukai barang dan per­khidmatan (GST) dengan tempoh tanpa cukai selama tiga bulan.

Menurut Ho, sebahagian be­­sar penjual memberitahu pe­ngeluar masih belum me­ngenakan SST kepada mereka, justeru mereka mengekalkan harga buat sementara waktu.