Soalrvest dalam kenyataannya berkata, penyenaraian IPO itu merangkumi terbitan awam sebanyak 98.82 juta saham baharu dalam syarikat mewakili 25.3 peratus daripada modal saham keseluruhan.

"Mengikut perjanjian itu, M&A Securities akan menaja jamin 39.06 juta saham baharu yang ditawarkan kepada awam serta pengarah yang layak, pekerja serta individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

"20.70 juta saham ditawarkan menerusi tawaran persendirian kepada pelabur terpilih manakala baki 39.06 juta saham akan dikhususkan kepada pelabur bumiputera yang dikenal pasti dan diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Davis Chong Chun Shiong berkata, langkah penyenaraian itu akan menggalakkan pelan pertumbuhan Solarvest dengan hasilnya bertujuan mempercepatkan aktiviti peluasan dalam pasaran solar PV domestik dan antarabangsa. - BERNAMA