Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iaian Lo berkata, ketika ini, lilin GTL keluaran loji SMDS telah berjaya dijual di 50 negara, sekali gus meletakkan Bintulu pengeluar utama produk itu di pentas dunia.

"Sarawax digunakan dalam pelbagai industri daripada membekalkan kuasa kepada enjin jet kepada barangan harian seperti bahan cuci, krayon, lilin, pembungkus makanan dan gincu bibir,” katanya dalam ucapan semasa Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-25 SMDS di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tanggau.

Terdahulu, Shell dan kerajaan Sarawak menandatangani dua perjanjian persefahaman (MoU) iaitu pertama untuk menjalinkan kerjasama dalam meneroka pemuliharaan alam semula jadi, pemeliharaan dan mengukuhkan hubungan di negeri ini.

MoU kedua pula, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama meneroka aspek pemuliharaan alam semula jadi, pemeliharaan dan mengukuhkan kerjasama di negeri ini.

Mengulas lanjut, Iaian berkata, bagi memastikan kecemerlangan syarikatnya, Shell komited memastikan SMDS yang menyambut jubli perak pada tahun ini akan melaksanakan tiga perkara.

Beliau berkata, tumpuan pertama ialah membangunkan teknologi berterusan di lojinya di sini dan Amsterdam di Belanda bagi memastikan tahap kompetitifnya.

“Selain itu, kita juga akan membangunkan produk untuk mencari pengunaan inovatif dan bernilai tinggi pada keunikan produk yang dihasilkan,” ujarnya.