Zuraidah Zakaria
Zuraidah Zakaria

Program sehari yang berlangsung di Dewan Besar Utusan Melayu Malaysia Berhad itu akan menampilkan kolumnis tetap Cikgu Saham yang disiarkan setiap Rabu di Utusanbiz, Zuraida Mohd. Zakaria bersama tiga lagi pakar dalam industri.

Zuraida akan me­nyampaikan ce­­ramah bertajuk Menangani Masalah Da­lam Urus Niaga Saham.

Tiga lagi ialah Ke­tua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Derivatives Bhd., Ja­maluddin Nor Moha­mad yang akan me­nyampaikan ceramah bertajuk Jom melabur syariah di Bursa Malaysia-i; Penolong Pengurus Pemasaran Data dan Jualan SI Portal.com Sdn., Bhd., C.Y. Leow bertajuk Bersama Bursa Station - Perisian carta yang memudahkan analisis saham dan Penganalisis Pasaran Saham PM Securities Sdn. Bhd., Suzardi Maulan bertajuk Men­jadi pe­labur bi­jak berkonsepkan pelaburan ni­­lai.

Zuraida berkata, tujuan simposium berkenaan adalah sebagai platform kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang te­pat serta senario terki­ni mengenai pasaran saham ter­masuk prosedur pembelian yang bijak.

Menurutnya, penganjuran sim­posium juga untuk memberi pendedahan, maklumat secara terperinci, penjelasan secara menyeluruh dan me­­­ningkatkan kemahiran dalam ka­langan rak­yat Malaysia berkaitan pasaran saham.

“Simposium ini sesuai untuk dihadiri oleh semua golo­ngan masyarakat terutama mereka yang tidak tahu langsung mengenai pa­saran saham dan Bursa Malaysia.

“Ini seterusnya akan memberikan mereka pendedahan dan ilmu pengetahuan agar ti­dak terjebak dalam skim-skim pelaburan haram,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Simposium berkenaan akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan akan diken­dalikan dalam empat sesi cera­mah, yang diselang-seli dengan acara cabutan bertuah.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai simposium tersebut boleh menghubungi Unit Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan di talian 03-92324428/4431/4432 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau mengajukan sebarang pertanyaan mengenai program ber­kenaan.