Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penarafan ZPT tersebut sebagai mengiktiraf premis terlibat kerana menjalankan perniagaan beretika.

“Sembilan premis yang diberikan penarafan ini hari ini melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Penarafan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu premis berkenaan dan juga pengguna di mana kementerian akan tolong mempromosikan premis berkenaan sementara semua urusan perniagaan dijalankan mengikut undang-undang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penarafan Zon Perdagangan Terpilih Zon Selatan 2019 di pusat beli-belah Komtar JBCC di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE