Ia berkata pengembangan itu didorong oleh pertumbuhan positif dalam kejuruteraan awam dan subsektor aktiviti pertukangan khas dengan masing-masing merekodkan 8.2 peratus dan 5.9 peratus.

“Bagaimanapun, pertumbuhan subsektor bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman berkurangan kepada 1.1 peratus dan 9.3 peratus,” katanya hari ini.

Jabatan itu berkata, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama kepada nilai kerja pembinaan dengan 44.8 peratus, diikuti bangunan bukan kediaman (25.3 peratus), bangunan kediaman (24.5 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (5.4 peratus).

Sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 55.2 peratus (RM19.8 bilion) berbanding sektor awam sebanyak 44.8 peratus (RM16.1 bilion) dalam nilai kerja pembinaan.- BERNAMA