Dua syarikat dari Jepun itu ialah Wada Aircraft Technology Co Ltd dan Aero Inc.

Sapura Industrial dalam kenyataan hari ini berkata Sapura Aerospace Technologies bercadang membina kemudahan berspesifikasi tinggi yang dibina khas dengan lebih 200 kakitangannya akan dilatih di bawah program dan akreditasi khusus.

“Pengeluaran itu dijangka meningkat pada 2021. Sapura Aerospace Technologies komited memberi sumbangan signifikan terhadap ekosistem aeroangkasa Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Pertukaran dokumen perjanjian usaha sama itu disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang bermula hari ini sehingga 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, Kedah. -BERNAMA