Presiden dan Pengarah Urusan (Asia Tenggara) SAP, Claus Andresen berkata, tumpuan syarikat itu dalam sektor digital merangkumi bahagian seperti mendidik tenaga kerja, meningkatkan ekosistem tempatan dan menubuhkan pusat servis di Kuala Lumpur bagi rantau Asia Tenggara.

“SAP menyasar menyokong setiap syarikat untuk menjadi perniagaan terbaik. SAP telah berada di Malaysia selama 27 tahun dan ekonomi digital negara ini semakin berkembang pesat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), ekonomi digital negara menyumbang kira-kira 18.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2017.

SAP menyediakan khidmat kepada 437,000 pelanggan di lebih dari 180 negara di seluruh dunia, termasuk 92 peratus daripada syarikat Forbes Global 2000, 98 peratus daripada 100 jenama paling bernilai dan 100 peratus daripada syarikat dengan skor utama di Dow Jones. - BERNAMA