Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Samsung Galaxy J Pro Series dengan lebih jaminan

Samsung Galaxy J ProSeries (2017)

KUALA LUMPUR 16 Julai – Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia) menawarkan pakej menarik bagi rangkaian telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy J Pro Series (2017) - J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro.

Ketua Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia, Hosea Heen berkata, ini menjadikan Galaxy J Pro Series (2017) adalah pilihan ideal bagi pengguna di semua peringkat usia.

“Kami amat memahami ke­perluan pelanggan yang berdepan rutin harian yang sibuk dan kadangkala berlaku insiden di luar kawalan. Oleh itu, kami mahu memberi jaminan yang lebih kepada mereka melalui perlindu­ngan peranti,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Melalui pakej itu, Samsung Malaysia menawarkan jaminan percuma selama setahun dan juga perlindungan skrin retak bagi tempoh setahun dengan setiap pembelian Samsung Galaxy J Pro Series (2017) itu mulai sekarang hingga 30 September 2017.

The Galaxy J Pro Series (2017) kini boleh didapati di semua rangkaian stor dan didatangkan dengan pilihan empat warna iaitu Blue Silver, Pink, Black dan Gold.

Harga ditawarkan bagi J3 Pro ialah RM699 manakala RM1,149 bagi J5 Pro dan RM1,299 untuk J7 Pro termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Galaxy J Pro Series (2017) memiliki ciri-ciri yang dipertingkatkan terutama dari segi reka bentuk, fungsi kamera, tempoh hayat bateri dan juga ruang simpanan dalaman.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain