Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, hasil perolehan keseluruhan yang raih itu melibatkan sebanyak 13,617 buah koperasi di seluruh negara yang terlibat dalam pelbagai jenis bidang perniagaan.


“Kejayaan dicatatkan koperasi amat memberangsangkan sehingga 31 Mei jumlah perolehannya telah mencecah RM39.66 bilion melibatkan kira-kira 7.07 juta orang ahli.


“Sehingga Disember 2016, sejumlah RM130.74 bilion aset terkumpul kini diraih. Berdasarkan statistik tersebut, terdapat peningkatan sebanyak 18.2 peratus pada 2016 berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan RM33.56 bilion,” katanya dalam majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 di Menara Suruhanjaya Koperasi dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE