Pada 9.22 pagi, ringgit tidak berubah dan kekal pada paras 4.1750/1800 berbanding dolar AS sepertimana semasa ditutup pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, ringgit dan mata wang Asia lain kemungkinan akan didagangkan dalam jajaran tetap menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di Jackson Hole esok dengan bersandarkan jangkaan pengurangan kadar faedah selanjutnya.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6284/6344 berbanding 4.6317/6377 semasa ditutup pada Rabu tetapi tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.0634/0712 daripada 5.0634/0703 semalam.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.9176/9234 daripada 3.9202/9264 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0173/0213 daripada 3.0186 / 0226. - BERNAMA