Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga bulan sejak 15 April pada 4.1070/1100 berbanding dolar daripada 4.1140/1170 semasa ditutup Jumaat lepas.

Pada masa berita ini ditulis, minyak mentah brent diniagakan 0.54 peratus lebih tinggi pada AS$67.08 (RM275.73) setong.

Penganalisis Maybank IB Research, Nik Ihsan Raja Abdullah memberitahu Bernama, ringgit akan terus berada dalam momentum positif untuk jangka waktu terdekat berikutan dolar AS kekal tertekan dengan peningkatan sentimen bagi pengurangan kadar faedah.

Peniaga akan memberi tumpuan kepada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat minggu ini yang akan membuat keputusan sama ada akan melaksanakan pengurangan kadar faedah pada Julai.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0285/0319 daripada 3.0217/0251 semasa ditutup pada Jumaat dan turun berbanding yen kepada 3.8074/8112 daripada 3.7910/7954.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1580/1634 daripada 5.1511/1586 dan turun berbanding euro kepada 4.6319/6365 daripada 4.6273/6323. - BERNAMA