Ketua Perbankan Peruncitan Kumpulan RHB Banking Group, Rakesh Kaul

Ketua Perbankan Peruncitan Kumpulan RHB Banking Group, Rakesh Kaul berkata, manfaat itu melibatkan kad pembayaran konvensional dan patuh syariah.

Menurut beliau, kerjasama itu membolehkan pemegang kad Korporat dan Pembelian RHB menikmati produk MyCorporate AirAsia termasuk Fare Only, Corporate Lite dan Corporate Full Flex.

"Pengguna kad turut menikmati manfaat MyCorporate lain seperti GoShow yang membolehkan tetamu bersedia untuk penerbangan awal pada hari dan destinasi yang sama tanpa yuran tambahan atau caj tambang.

"Pelanggan juga mempunyai akses untuk menggunakan platform MyCorporate untuk kemudahan, tempahan penerbangan AirAsia secara dalam talian serta fungsi mendapatkan laporan komprehensif terhadap perbelanjaan perjalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE