Menurut individu tersebut, Axiata beberapa bulan kebelakangan ini sudah menerima pertanyaan mengenai potensi pengambilalihan edotco Group Sdn. Bhd..

Salah seorang individu yang enggan dikenali berkata, urus niaga itu dinilaikan sehingga AS$3 bilion (RM12.5 bilion).

Pertanyaan tidak rasmi itu masih belum menghasilkan sebarang perbincangan terperinci lagi dan Axiata terus melaksanakan proses ketekunan wajar terhadap cadangan urus niaga dengan Telenor yang berpusat di Norway.

Bagaimanapun, minat terbabit menunjukkan bahawa Axiata masih ada pilihan lain jika ia gagal mengatasi halangan urus niaga Telenor termasuklah kebimbangan kerajaan berhubung pembuangan pekerja dan kawalan asing ke atas aset telekomunikasi utama.

“Sejak penempatan persendirian awalnya, edotco terus menerima minat daripada pelabur berpotensi,” kata jurucakapnya dalam emel kepada Bloomberg News.

“Mengikut pengetahuan kami, tiada apa-apa rancangan pada masa ini bagi penjualan persendirian atau suntikan ekuiti,” katanya. - BLOOMBERG