Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, Proton X70 bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama Proton menggunakan sistem abjad angka dan akan digunakan untuk semua model baharu Proton pada masa depan.

“Kajian kami menunjukkan sistem abjad angka akan memudahkan produk kami seperti Proton X70 dijual di ASEAN dan pasaran global tanpa ada batasan bahasa.

“Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis crossover atau SUV daripada jenama-jenama lain manakala nombor 70 menggambarkan saiz atau kelas bagi segmen SUV,” katanya pada majlis Preview SUV Pertama Proton kepada media Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengumumkan harga Proton X70 yang dilancarkan dengan tiga varian iaitu Premium, Executive dan Standard. - UTUSAN ONLINE.