PrestoPay dalam kenyataannya berkata, bazar berkenaan yang dianjurkan selama tiga hari di Quill City Mall KL bermula 16 hingga 18 Mei ini menawarkan pelanggan dengan pilihan produk yang meluas merentasi pelbagai kategori dengan diskaun menawan sehingga 70 peratus yang disediakan lebih 30 peniaga.

Katanya, para pelanggan berpeluang melihat pelbagai gerai pop-up yang dipilih khas seperti Kluang RailCoffee, Mon Cheri Essentials, SunQuick Juice dan Deka Electrical.

“Gerai tersebut meliputi lebih lapan kategori berbeza yang merangkumi makanan dan minuman, peranti, pengembaraan dan hiburan, kesihatan dan kecantikan, barangan runcit, fesyen, sukan serta barangan elektronik kediaman bagi melengkapkan keperluan raya pelanggan.

“Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati tawaran-tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 70% terhadap produk-produk terpilih,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE