Tawaran itu dibuka sempena ‘Gempak Property Gala 2019’ yang berlangsung pada 27 April ini di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC), Nilai, Negeri sembilan.

Program itu merupakan acara tahunan PNBD yang memasuki tahun keempat penganjuran, rentetan daripada sambutan memberangsangkan semasa acara yang diadakan pada tahun lalu.

PNBD dalam kenyataan berkata, pihaknya bercadang memberikan rebat berserta tawaran menarik lain seperti skim pembeli dapat pembeli sehingga RM3,000, Kad Keistimewaan Kota Seriemas dan banyak lagi.

“Antara produk yang ditawarkan adalah Mawar Indah 1, rumah teres (20’x65’) dengan harga jualan bermula dari RM509,888; Mawar Indah 2, rumah teres (20’x70’) dengan harga jualan bermula dari RM539,888.

“Cempaka Seri 1 dan 2, rumah bandar dengan harga jualan bermula dari RM399,888 sehingga RM499,888 dan juga Alamanda Superlink, rumah teres (24’x75’) dengan harga bermula dari RM642,888.

“Selain itu, Kota Seriemas juga menawarkan rumah kedai untuk dimiliki dengan harga bermula dari RM1,029,888,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, program ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan Kota Seriemas kepada penduduk setempat dan orang awam.

Selain dapat melihat sendiri keindahan dan kemudahan yang disediakan di kawasan perbandaran itu, pengunjung dapat menikmati acara menarik seperti bual bicara hartanah yang akan dikendalikan oleh seorang penceramah hartanah iaitu Ahyat Ishak, mereka bentuk layang-layang, bas ‘hop on hop off’ dan urutan kaki. - UTUSAN ONLINE