Ketua Pegawai Operasi PNB Management Services Sdn. Bhd, Ron Hasni Yusoff berkata, promosi sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 yang sedang berlangsung di Dataran Temerloh di sini itu memberi peluang kepada masyarakat sekitar menikmati pakej pada harga yang cukup rendah.

“Antara promosi yang ditawarkan oleh PNB Perdana On The Park ialah pakej ‘Moh Awok Jalan-Jalan’ yang mana pengunjung berpeluang menikmati penginapan bilik studio serendah RM180 selama dua hari satu malam dengan tambahan sebanyak RM40 untuk sarapan pagi bagi dua orang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Empat penginapan menarik yang diuruskan PNB Management Services ialah PNB Perdana On The Park di Kuala Lumpur, Hotel Perdana Kota Bahru, PNB Ilham Resort Port Dickson dan Impian Morid Hotel yang terletak di Banting, Selangor. - UTUSAN ONLINE