Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, penghantaran itu adalah sebahagian daripada tawaran terkini sebagai pembekal penyelesaian portfolio LNG global.

Menurut beliau, kargo daripada Malaysia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) telah dipindahkan daripada kapal induk, Seri Bijaksana kepada kapal SS Lucia Ambition.

“Kargo daripada SS Lucia Ambition dan baki kargo Seri Bijaksana akan dihantar kepada pembeli masing-masing. Pindahan secara STS membantu mengukuhkan lagi kepelbagaian portfolio pembekalan LNG Petronas termasuk dari tapak bekalan utama yang terletak di Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Ahmad Adly, Petronas komited untuk menyokong pertumbuhan pasaran baharu muncul dan bukan pembeli tetap yang menghadapi kekangan operasi ketika di terminal mereka.

Katanya, pihaknya menyediakan penyelesaian operasi yang inovatif dan fleksibel seperti perkhidmatan pukal LNG menerusi STS.

“Pembeli dari Asia memilih untuk mengembangkan perniagaan LNG mereka secara perlahan-lahan dengan mengimport dalam kuantiti yang kecil sekali gus mengelakkan daripada terikat dengan mod pembekalan jangka panjang dalam tempoh tertentu.

“Penyiapan STS ini adalah usaha bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan iaitu Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, pihak berkuasa Sabah, Argo Engineering Sdn. Bhd., Eastport Marine Sdn. Bhd., MISC Berhad dan Farenco Shipping Pte. Ltd.,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE