Zahari Husin
ZAHARI HUSIN

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, penebusan tunai sebanyak RM2,000 adalah untuk Bezza Standard G serta Alza sementara RM1,500 bagi Bazza Advance dan Axia.

Menurut beliau, karnival tersebut menjanjikan sesuatu yang menarik kepada para pengunjung yang hadir.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa telefon pintar bernilai RM3,000, pelbagai permainan mini, peraduan, food truck dan wayang pacak.

“Selain itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Aiman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan BoboiBoy,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zahari menambah, MYPerodua Nation juga mengadakan pameran istimewa iaitu Kom­­pak Nasional yang menceritakan perjalanan Perodua selama 25 tahun sehingga menjadi pembuat kereta kompak pilihan rak­yat Malaysia.

Katanya, MYPe­rodua Nation telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada 2017 dan tahun ini pihak­nya akan menjelajah ke seluruh negara bermula dengan zon utara.

“Pelbagai promosi menarik di­tawarkan antaranya diskaun sehingga 50 peratus untuk alat ganti terpilih, aksesori GearUp serta produk Perodua. Kami turut mengadakan jualan pada Happy Hour sepanjang dua hari karnival berlangsung.

“Para pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman memandu Perodua Myvi serba baharu dan mencuba sendiri Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) melalui demonstrasi yang diadakan,” ujarnya.