Kuala Lumpur 11 Mac 2019- Interview Presiden Perodua, Datuk Zainal
Zainal Abidin Ahmad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, laporan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini adalah bersifat spekulasi tanpa pengesahan daripada pihaknya.

“Laporan itu adalah satu spekulasi dan tiada pengesahan penglibatan daripada Perodua,’’ katanya ringkas tanpa ulasan lanjut kepada Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan dalam satu wawancara dengan akhbar perniagaan itu berkata, syarikatnya bakal mendapat bantuan teknikal daripada Daihatsu yang juga merupakan rakan teknikal Perodua.

DreamEDGE yang dilantik oleh kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional ketiga negara dikatakan telah berhubung dengan Perodua untuk turut terlibat dalam projek ini sebagai pemasang kontrak dan mungkin juga mereka akan terlibat secara langsung dalam memberi input semasa proses reka bentuk mo­del serta komponennya.

Kuala Lumpur 11 Mac 2019- Interview Presiden Perodua, Datuk Zainal
Presiden Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika ditemu bual oleh wartawan Utusan Malaysia.

Model pertama kereta nasio­nal baharu itu akan dilancarkan pada Mac 2021 manakala model prototaip sepenuhnya akan diumumkan pada Mac tahun depan dengan menggunakan teknologi baharu dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.

“Pemilihan DreamEDGE dibuat berdasarkan kepakaran yang dimiliki mereka dalam pembangunan teknologi baharu berkaitan automotif,’’ kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

KERAJAAN perlu memastikan rancangan memperbetulkan diskriminasi
 

Daihatsu Motor Co. merupakan pemegang saham Perodua dengan menguasai 20 peratus kepentingan, Daihatsu Malaysia sebanyak 5 peratus manakala pemegang saham terbesar ialah UMW Corporation sebanyak 38 peratus.