Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ­pasukan Teleport berusaha menjayakan penghantaran merentas sempadan seperti Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa kurang 24 jam.

Katanya, rangkaian dan penerbangan kekerapan AirAsia membolehkan keajaiban berlaku bagi logistik.

“Nantikan pengumuman lanjut mengenai Teleport oleh @petechareon dan pasukan,” ujar beliau menerusi akaun Twitter miliknya @tonyfernanes di sini hari ini.

Fernandes pada 11 April lalu menerusi Twitter mengucapkan selamat datang ke ­Teleport, nama baharu bagi ­logistik RedCargo.

“Menghantar barang daripada A ke B, secara ajaib. Semudah 1...2...3. (Mula --- Lapangan Terbang. Habis.

“Kami membuatkan ia mudah dan lancar untuk menggerakkan barang dan perdagangan di dalam dan melalui ASEAN, Kami adalah sekumpulan orang luar, berfikir se­perti pemilik,” jelas beliau.

Sebelum ini, AirAsia dilaporkan menjual 25 pesawat kepada firma pelaburan swasta global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Castlelake LP bagi membo­lehkan syarikat penerbangan tambang rendah itu memberi tumpuan kepada perniagaan digitalnya.

Langkah tersebut turut mengembalikan tunai kepada pemegang saham yang mana boleh digunakan untuk membuat pelaburan dalam per­niagaan digital baharu.