Walaupun ramai yang telah menyertai tenaga kerja e-dagang atau memulakan perniagaan internet untuk merealisasikan ekonomi futuristik ini, ada yang meragui kejayaan mereka kerana kurangnya pengetahuan dalam teknologi.

Bagaimanapun, apabila kami menjalankan penyelidikan untuk mengetahui apa permulaan perniagaan e-dagang yang berjaya, kami mendapati bahawa kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas atau latar belakang dalam bidang teknologi.

Dengan yang demikian, tim­bulnya persoalan iaitu ada­kah pengajian dalam bidang teknologi diwajibkan bagi pihak yang ingin memulakan perniagaan e-dagang?

Apakah bidang yang dipelajari oleh pemilik platform e-dagang di universiti untuk memastikan kejayaan mereka dicapai?

Oleh itu, ini menjawab soalan penting iaitu mestikah anda mengkaji bidang yang berkaitan dengan teknologi untuk memulakan perniagaan e-dagang? Apakah pemilik perniagaan yang berjaya belajar di universiti sebelum memulakan perniagaan e-dagang mereka?

Latar belakang

Untuk menjawab soalan-soalan ini, kami telah menganalisis latar belakang pendidikan pengasas bisnes e-dagang yang berjaya di Malaysia melalui profil LinkedIn, laman web syarikat dan sumber berita.

Kami memilih untuk meng­analisis pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah berjaya memperoleh pembiayaan siri A atau tahap pembiayaan yang lebih tinggi. Kami memasukkan tahap ini sebagai tanda aras perniagaan e-dagang yang berjaya.

Perniagaan yang telah mencapai tahap pendanaan ini lebih cenderung terbukti menjadi berharga kepada pengguna dan mempunyai potensi besar untuk masa depan.

Kebanyakan pemilik perniagaan dalam platform e-dagang tidak mempunyai ijazah berkaitan teknologi

Walaupun e-dagang wujud melalui teknologi moden, kepakaran seperti dari segi kewangan, undang-undang dan pengurusan perniagaan masih penting. Ini kerana kami mendapati bahawa kebanyakan pe­ngasas tidak mempelajari ijazah yang berkaitan dengan teknologi sebelum menubuhkan perniagaan e-dagang.

Daripada 65 pemilik e-dagang PKS, 77 peratus daripada­nya mengambil ijazah bukan teknologi manakala hanya 23 peratus pengasas mengambil teknologi sebagai kursus utama mereka. Jurusan bukan teknologi yang paling popular adalah Kewangan (9 pemilik), Perniagaan (9 pemilik) dan Undang-undang (4 pemilik).

Bagaimanapun, ini juga mencerminkan kekurangan profesional teknologi di Malaysia. Laporan baru-baru ini oleh HAYS telah menekankan bahawa Malaysia kurang pakar teknologi yang mungkin menghalang pertumbuhan e-dagang di negara ini.

Oleh kerana e-dagang terus berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara, lebih ramai kakitangan dengan kepakaran teknikal masih diperlukan.

Jurusan teknologi paling popular dalam kalangan peng­asasnya ialah Sains Komputer (8 pemilik), diikuti oleh Sistem Maklumat (2 pemilik), Kejuruteraan Perisian (2 pemilik) dan IT (2 pemilik).

Ijazah pascasiswazah tidak diwajibkan untuk mencapai kejayaan

Menariknya, kami mendapati bahawa 35 daripada 65 peng­asas tidak memperoleh gelaran sarjana sebelum menubuhkan permulaan e-dagang mereka. Ini mungkin petanda bahawa kebanyakan pengasas memutuskan untuk memulakan perniagaan mereka dalam e-dagang dan tidak meneruskan pengajian.

Dalam kajian oleh Forbes, didapati bahawa 42 peratus PKS gagal kerana mereka menawarkan perkhidmatan atau produk yang sedikit atau tiada keperluan dalam pasaran sama sekali.

Oleh itu walaupun terdapat peluang besar dalam ekonomi internet di Malaysia, pengasas e-dagang yang berminat mesti terlebih dahulu mengesahkan idea perniagaan mereka sebelum memulakan perniagaan.

Penemuan menarik yang lain

Di antara semua universiti yang disenaraikan di infografik, Universiti Kolej HELP adalah satu-satunya institusi tempatan yang menghasilkan sebilangan besar pengasas yang berjaya.

Tiga pengasas daripada HELP ialah Poh Soon Chong yang meng­asaskan Hermo, Edmund Kwok dan Goh Chee Hau yang mengasaskan iMoney.

Sementara itu, universiti luar negara yang menghasilkan sebilangan besar pengasas yang berjaya adalah Universiti Oxford, Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London (LSE), Universiti Melbourne dan WHU, Sekolah Pengurusan Otto Beisheim.

Kami juga menyedari bahawa lapan pengasas terus meleng­kap­kan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang berprestij atau Doktor Falsafah (PhD). Enam pengasas yang memperoleh MBA ialah Bruno Araujo (iMoney), Chris Leong (Space Soft), Frank Kang (Althea), Jason Kang (ServisHero), Karl Loo (ServisHero), Nicole Sia (ServisHero).

Di antara semua pengasas, Dr. Sivapalan Vivekarajah (EasyUni) adalah satu-satunya pengasas e-dagang yang memperoleh ke­dua-dua MBA dan PhD.

Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia (https://iprice.my)