Pertanyaan itu berbangkit selepas sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen yang lebih rendah bagi 2018 berbanding 2017, disebabkan pasaran ekuiti tempatan dan serantau yang suram.


"Anda lihat sendiri keadaan pasaran, pada tahap mana ...saya tidak boleh menyebutnya* saya tidak dapat memberikan jawapan* kami perlu melihat apa yang berlaku tahun lepas untuk mengetahui sama ada baik atau tidak.


"Saya sendiri tidak mengetahuinya memandangkan mereka masih mengira angkanya," katanya, dan menambah ia masih berasaskan faktor pasaran domestik dan serantau, kaedah yang serupa seperti tahun-tahun sebelumnya.


Samsudin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Who Says I Am Retired? kompilasi autobiografi para pegawai kanan perkhidmatan awam, pemimpin korporat dan ahli akademik yang berkongsi pemikiran mereka mengenai persaraan, di Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya di sini.


SWRC yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial. ialah institusi yang dibiayai oleh Tabung Yayasan KWSP.


KWSP yang mempunyai kira-kira 14 juta pencarum sehingga September tahun lepas, mengumumkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional bagi 2017, angka tertinggi sejak 1996, membabitkan pembayaran sebanyak RM44.15 bilion. 


Segmen patuh Syariah pula mengumumkan kadar perkongsian keuntungan 6.4 peratus bagi 2017.


Pendapatan kasar pelaburan KWSP bagi 2017 sebanyak RM53.14 bilion dengan aset pelaburan sebanyak RM791.48 bilion sehingga akhir Disember 2017. - BERNAMA