Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengangguran masih rendah

kadar pengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulihan
KADARpengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi yang sederhana di Malaysia. GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kadar pengangguran yang dicatatkan 3.5 peratus pada Januari lalu mencerminkan pemulihan pertumbuhan ekonomi yang sederhana di Malaysia.

Menurut MIDF Research, kadar tersebut juga boleh dianggap sebagai guna tenaga sepenuhnya apabila tenaga buruh meningkat kepada 14.8 juta orang manakala pekerjaan meningkat kepada 14.4 juta orang.

Secara dasarnya, kadar pe­ngangguran di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara ekonomi lain, misalnya Eropah yang masih mencatatkan kadar pengangguran dua digit manakala di Amerika Syarikat (AS) pula, ia semakin menunjukkan pemulihan dengan kadar peng­angguran menurun kepada 4.7 peratus pada Februari lalu.

“Kadar pengangguran yang stabil menunjukkan tanda-tanda pemulih­an ekonomi yang sederha­na di Malaysia justeru, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berkembang pada 4.3 peratus,” menurut MIDF dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Berdasarkan Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia minggu lalu, kadar pengangguran Januari 2017 adalah 3.5 peratus, sama seperti dicatatkan pada bulan sebelumnya manakala perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran naik 0.1 mata peratus berbanding Januari 2016.

Berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada Januari 2017 adalah 3.3 peratus, turun 0.2 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Indeks Pengeluaran Industri (IPI) pada Januari lalu berkembang 3.5 peratus dan pertumbuhannya adalah stabil sejak perte­ngahan tahun lalu terutama bagi sektor perkilangan dan perlombongan.

MIDF Research berkata, de­ngan pertambahan permintaan global dan harga komoditi yang semakin meningkat, dagangan luar Malaysia mencatat prestasi lebih baik apabila eksport dan import berkembang 13.6 peratus dan 16.1 peratus.

“Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pasaran pekerjaan apabila aktiviti dagangan luar semakin bertambah baik. Di samping itu, sektor perkilangan dijangka mendapat manfaat daripada permintaan global manakala perlombongan pula meraih manfaat daripada peningkatan harga komoditi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain