Firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya berkata, pengusaha bersepadu bagaimanapun masih akan mencatatkan prestasi lebih baik dengan memanfaatkan kos bahan mentah yang rendah.

Katanya, pertumbuhan output 10 peratus tahun ke tahun kepada 4.95 juta tan yang dicatatkan pada suku pertama tidak memadai untuk mengimbangi kemerosotan 19 peratus dalam ASP MSM semasa kepada RM2,007 satu tan.

“Produk sampingan MSM iaitu isirung sawit mengalami penurunan harga lebih besar pada purata RM1,296 satu tan.

“Secara keseluruhan, kami menjangkakan pengusaha huluan Malaysia akan mencatatkan penurunan pendapatan teras tahun ke tahun suku pertama 2019 sekurang-kurangnya lima hingga 20 peratus dengan penurunan keuntungan tahun ke tahun yang lebih besar,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA