Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, pelan unifi Mobile 19 juga dilengkapi dengan lima minit masa panggilan dan 25 khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, antara pelan lain yang ditawarkan kini adalah unifi Mobile 29 dan unifi Mobile 39 yang menawarkan 3GB (2GB LTE + 1GB 3G) dan 5GB (4GB LTE + 1GB 3G) masing-masing berserta 50 minit masa panggilan dan 25 SMS.

“Bagi mereka yang inginkan data sebanyak 10GB, mereka boleh melanggan pelan unifi Mobile 59 yang didatangkan dengan 9GB LTE + 1GB 3G, 100 minit masa panggilan dan 25 SMS.

“Pelan khusus ini akan memastikan semua peringkat mempunyai pelan yang tepat bagi memenuhi keperluan mereka, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

TM pada 2017 sebelum ini telah memperkenalkan pelan unifi Mobile pada caj RM99 sebulan. - UTUSAN ONLINE