KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2016 - WAWANCARA.. bersama Tokoh Penganalisis Ekonomi di menara bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abd Rashid di sini hari ini. GAMBAR - ALIF PUDZI (PELATIH UITM)WARTAWAN - KHAIRIYAH (KOSMO AHAD)Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul RashidNOTATERBITANKOSMO1 JUN 2017KHAMISMUKA 2Archived By RMKetua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd.,Dr. Mohd. Afzanizam Abdul RashidNOTATERBITANKOSMO1 OGOS 2018RABUMUKA 4010818KArchived By RM

Felo Penyelidik Kanan MIER, Dr. Zulkiply Omar berkata, apa yang berlaku kepada keadaan pasaran ketika ini merupakan satu pergerakan ‘portfolio money’ atau portfolio duit iaitu modal jangka pendek.

Katanya, ia merupakan satu pergerakan yang berlaku di seluruh dunia susulan dengan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bakal menaikkan kadar faedah untuk memperlahankan pertumbuhan pada tahun lepas dan momentumnya masih berterusan hingga kini.

“Ini seterusnya menyebabkan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa sama menyaksikan kebanyakan pelabur mengeluarkan pelaburan ekuiti dari pasaran lain termasuk Malaysia ke negara berkenaan.

“Keluar masuk dana ini akan mempengaruhi nilai ringgit tetapi tidak kepada permintaan penawaran jangka panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas tentang perubahan tompok pimpinan kerajaan yang dikatakan menyebabkan ekonomi merosot, beliau berkata, ia sebenarnya tidak memberi kesan yang banyak malah membuatkan pelabur lebih positif.

Pada 11 April lalu, Ketua Pegawai Pelaburan UBS Global Wealth Management, Kelvin Tay memberi pandangan negatif terhadap pasaran saham Malaysia.

Tay memberitahu Bloomberg TV bahawa Malaysia tidak boleh maju ke hadapan kerana “political paralysis”.

Kebimbangan mengenai potensi baharu pengaliran keluar ke atas bon Malaysia membelenggu sentimen dalam pasaran, dengan ramai pelabur enggan mengambil bahagian.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, turun naik ekonomi memerlukan pemain industri dan perniagaan di Malaysia untuk memikirkan strategi perniagaan apabila menghadapi suasana ekonomi yang getir supaya tidak kehilangan daya saing.

Katanya, dalam hal ini, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih pro aktif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik akan dapat terus dijana.

Jelas beliau, jika dilihat beberapa indikator berkaitan sentimen perniagaan, ia sememangnya menunjukkan trend yang lemah, terbaharu Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) turun daripada 95.3 mata pada suku ke empat 2018 kepada 94.3 mata pada suku pertama 2019.

“Indeks Pengurus Pembelian (PMI) juga kekal di bawah paras 50 mata semenjak bulan Oktober yang lalu. PMI bagi Malaysia merosot kepada 47.2 mata pada Mac dan ini bermakna sektor pembuatan rata-ratanya berasa pesimistik. Begitu juga dengan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) yang merosot kepada 55.1 mata dan 51.0 mata bagi sektor korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tempoh enam bulan pertama 2019.

“Oleh itu, sentimen perniagaan sedang berada dalam keadaan yang lemah. Kebiasaannya, dalam keadaan ini, para peniaga dan pengusaha akan berhati-hati dalam keputusan perbelanjaan modal dan pengambilan pekerja. Secara lumrahnya, para peniaga, syarikat kecil atau besar akan lebih menumpukan produktiviti yang mana mereka ini cenderung untuk menggunakan sumber-sumber sedia ada.

Meskipun demikian, landskap perniagaan sentiasa berubah malah Mohd. Afzanizam berkata, tahap persaingan perniagaan juga semakin sengit bagi mana-mana industri.

Habis.