Bagaimanapun beliau berkata, peningkatan itu adalah terhad susulan aliran bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan penggiat pasaran menunggu keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.

“Hari ini, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 2.27 peratus kepada AS$63.89 (RM262.80) setong, manakala minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 2.01 peratus kepada AS$56.88 (RM233.96) setong.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 menambah 4.5 sen kepada 581.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 470.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 meningkat lapan sen kepada 586 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 471.5 sen sekilogram. - BERNAMA