Pengurus Operasinya, Noorhady Mokhtar berkata, tiga pasaran baharu itu termasuk China serta dua negara Asia Barat, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut beliau, pihaknya kini sedang memproses daftar masuk produk-produk OK Group ke ketiga-tiga negara berkenaan dan ia dijangka selesai pada pertengahan tahun ini.

"Buat masa ini, OK Group sudah berjaya menembusi beberapa buah negara ASEAN termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.

"Tahun ini, kita berhasrat untuk meluaskan pasaran antarabangsa ke China, Arab Saudi serta UAE di mana usaha sedang giat ke arah itu," katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Beli dan Menang Bersama Orang Kampung di Pasar Raya Besar Mydin Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE