Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan nilai kerja pembinaan itu didorong oleh pertumbuhan positif dalam subsektor kejuruteraan awam dengan 23.6 peratus dan subsektor aktiviti pertukangan khas pada 12.6 peratus.

Walau bagaimanapun katanya, menurut statistik yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu, subsektor bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman masing-masing merosot kepada 7.6 peratus dan 4.8 peratus.

"Daripada segi sumbangan, subsektor kejuruteraan awam merupakan penyumbang utama kepada nilai kerja pembinaan iaitu sebanyak 41.7 ­peratus.

"Diikuti subsektor bangunan bukan kediaman (28.2 peratus), bangunan kediaman (25.0 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (5.1 peratus)," katanya dalam laporan Statistik Pembinaan Suku Tahunan Suku Kedua 2018, di sini hari ini.

Sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang sebanyak 56.4 peratus (RM20.1 bilion) berbanding sektor awam yang menyumbang 43.6 peratus (RM15.5 bilion). - UTUSAN ONLINE