Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, pasaran ditutup tinggi hari ini kerana harga ketika ini menarik aktiviti belian pada harga yang rendah.

“Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh sentimen eksport lemah dan jangkaan pengeluaran tinggi pada minggu-minggu akan datang.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM1,900 setan metrik dan paras ketahanan pada RM2,000 setan metrik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada paras penutup, kontrak Ogos 2019 naik RM15 kepada RM1,920 setan metrik, September 2019 dan Oktober 2019 meningkat RM11 setiap satu masing-masing kepada RM1,950 dan RM1,983 setan metrik dan November 2019 menokok RM9 kepada RM2,027 setan metrik.

Jumlah dagangan susut kepada 22,360 lot daripada 45,337 lot pada paras penutup Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 251,607 kontrak daripada 274,926 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan Julai turun kepada RM1,890 setan metrik daripada RM2,000 setan metrik sebelumnya. - BERNAMA